-
Dasar Privasi ini menyenaraikan amalan-amalan dan dasar-dasar kami berkenaan dengan Data Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) anda termasuk pengumpulan, tujuan dan pendedahannya, dan Dasar Privasi ini juga adalah untuk memberikan anda notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya (dirujuk secara kolektif sebagai “PDPA”).
Dasar Privasi ini merangkumi semua unit-unit, bahagian-bahagian dan operasi-operasi Brother International (Malaysia) Sdn Bhd dan laman-laman web yang dikendalikan oleh Brother International (Malaysia) Sdn Bhd yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada laman-laman domain dan sub-domain: www.brother.com.my (“Laman Web Kami”).
Laman Web Kami mungkin mengandungi pautan kepada laman-laman atau laman-laman web yang lain. Akan tetapi, sila dimaklumkan bahawa kami, Brother International (Malaysia) Sdn Bhd, tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau amalan-amalan privasi laman-laman atau laman-laman web lain tersebut (termasuk yang dikendalikan oleh anak-anak syarikat kami). Kami membezakan laman-laman dan laman-laman web pihak ke-3 ini dengan cara-cara seperti membukakannya dalam satu tetingkap pelayar berlainan atau dalam satu bingkai tetingkap yang menunjukkan kawasan di dalamnya bukan sebahagian Laman Web Kami. Dalam keadaan ini, Dasar Privasi kami di bawah tidak terpakai. Kami menggalakkan anda supaya sedar apabila meninggalkan Laman Web Kami dan membaca kenyataan-kenyataan privasi setiap dan semua laman web yang anda layari.
-
Kami mengetahui bahawa privasi adalah satu keutamaan penting kepada anda.
Dalam menjalankan perniagaan dan pengendalian kami, pelbagai data dan maklumat termasuk maklumat peribadi yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung kepada anda, seperti nama, nombor Kad Pengenalan/Paspot, pekerjaan, butir-butir hubungan, jantina, tarikh lahir, alamat-alamat (termasuk alamat-alamat emel dan protokol internet anda), butir-butir kad kredit, nombor-nombor akaun bank, sejarah pembelian dan segala data peribadi lain yang ditakrifkan dalam PDPA (dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”) telah, sedang dan/atau mungkin dikumpul, dipegang, didapati, diterima, disimpan dan/atau diproses (seperti yang ditakrifkan dalam PDPA) oleh kami atau bagi pihak kami.
-
Data Peribadi yang telah, sedang dan/atau mungkin dikumpul, didapati dan/atau diterima oleh kami adalah dari pelbagai sumber, termasuk dari yang berikut:
-
Dari anda:
-
apabila anda membeli produk-produk kami (“Produk-produk”) dan/atau memohon perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami (“Perkhidmatan-perkhidmatan”) (sebagai contoh untuk membuat tempahan atau memohon bantuan operasi);
-
apabila anda mendaftar dengan kami,
-
apabila anda membuat pertanyaan atau memberi maklum balas anda kepada kami,
-
apabila anda melayari atau menggunakan Laman Web Kami, dan/atau
-
apabila anda menghubungi, berkomunikasi atau berurusan dengan kami.
-
Dari pengedar-pengedar kami yang diberi kuasa, peniaga-peniaga kami yang diberi kuasa, penjual-penjual kami yang diberi kuasa dan/atau pusat-pusat servis kami yang diberi kuasa apabila/jika anda menghubungi, berkomunikasi atau berurusan dengan mereka.
-
Dari sumber-sumber di mana maklumat tersebut sediada atau yang boleh diakses oleh orang awam.
-
Dari sumber-sumber yang didapati dengan persetujuan anda atau yang dibeli secara sah.
-
Tujuan Data Peribadi yang telah, sedang atau mungkin dikumpul dan diproses selanjutnya adalah:
-
untuk melayan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan kami dan/atau untuk mendaftarkan Produk anda yang di bawah waranti),
-
untuk memahami dengan lebih lanjut keutamaan-keutamaan anda dan untuk berusaha untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan anda dengan Produk-produk, Perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau Laman Web Kami,
-
untuk bertindak, memproses dan/atau bertindak balas aduan-aduan, pertanyaan-pertanyaan, maklum balas, permohonan-permohonan, minat-minat atau permintaan-permintaan anda, dan/atau untuk sebaliknya menghubungi/berkomunikasi dengan anda,
-
untuk memulakan, berterusan dengan atau menjalankan sebarang penyiasatan, inkuiri, pemulihan atau prosiding-prosiding lain,
-
untuk mewujudkan profil-profil dan/atau untuk menjalankan analisa, statistik, penyelidikan pasaran dan/atau kaji selidik untuk menambahbaik Produk-Produk, Perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau Laman Web Kami,
-
untuk memaklumkan anda mengenai Produk-produk terkini kami, Perkhidmatan-perkhidmatan kami, tawaran-tawaran istimewa dan/atau promosi-promosi yang kami rasa anda mungkin minati (dirujuk secara kolektif sebagai “Kemaskini-kemaskini”); walau bagaimana pun kerana menghormati privasi anda, kami memberikan anda pilihan untuk memilih supaya tidak dimaklumkan mengenai Kemaskini-kemaskini tersebut (sila rujuk kepada perenggan 7 di bawah),
-
untuk tujuan simpanan rekod kami,
-
untuk mematuhi undang-undang dan/atau untuk mana-mana tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang, dan/atau
-
untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan yang tersebut di atas.
Jika anda tidak membekalkan Data Peribadi anda yang kami telah menyatakan adalah wajib atau mandatori, atau jika anda menghadkan Data Peribadi yang wajib atau mandatori tersebut, kami mungkin tidak dapat atau tidak dapat terus bertindak, bertindak balas, memproses atau berterusan dengan perkara anda, atau untuk memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada and
-
Kami mungkin berkongsi dengan, mendedahkan dan/atau menyediakan kepada atau menjadikan Data Peribadi anda boleh diakseskan oleh orang-orang/pihak-pihak yang berikut (di dalam atau di luar Malaysia) untuk tujuan-tujuan dalam perenggan 4 di atas:
-
Kepada pegawai-pegawai (termasuk pengarah-pengarah) dan pekerja-pekerja kami, dan kepada syarikat-syarikat dan entiti-entiti dalam kumpulan syarikat ‘Brother’ (termasuk syarikat induk dan anak-anak syarikat kami) dan pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja mereka masing-masing,
-
kepada data pemprosesan, penasihat-penasihat profesional dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan kami (termasuk pembekal perkhidmatan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti pasaran dan/atau kaji selidik kami, dan/atau yang memberikan penyimpanan data sumber luar kepada kami),
-
kepada pengedar-pengedar kami yang diberi kuasa, peniaga-peniaga kami yang diberi kuasa, penjual-penjual kami yang diberi kuasa dan/atau pusat-pusat servis kami yang diberi kuasa,
-
kepada ejen-ejen anda, wakil-wakil yang diberikuasa/sah anda, penjamin-penjamin anda, orang-orang yang menanggung rugi anda dan/atau mana-mana orang/pihak yang memberikan sekuriti untuk tanggungjawab anda kepada kami,
-
kepada syarikat-syarikat insuran kami, dan/atau
-
kepada kerajaan dan/atau mana-mana pihak berkuasa, badan, entiti, mahkamah, tribunal, orang atau pihak yang kami wajib di sisi undang-undang untuk mendedahkannya kepada.
Tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan kecuali di mana ianya dibenarkan oleh undang-undang, sila yakini bahawa kami tidak akan mendedahkan, menjual atau menjadikan Data Peribadi anda sediada kepada orang-orang atau syarikat-syarikat lain tanpa persetujuan anda.
Sila dimaklumkan bahawa bermungkinan terdapat masa di mana kami berkongsi dengan rakan-rakan kongsi dan pengiklan-pengiklan kami, maklumat agregat demografi yang tanpa nama dan yang tidak berpautan kepada mana-mana maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti. Sebagai contoh, kami mungkin secara berkala, membentangkan maklumat seperti jumlah pelawat, bidang yang diminati, perhubungan dengan Brother, dll.
-
Kami mungkin memindah dan/atau menyimpan Data Peribadi anda di satu tempat di luar Malaysia. Walau bagaimana pun, sila yakini bahawa kami mengambil segala langkah berjaga-jaga dan langkah-langkah untuk menyimpan Data Peribadi anda sulit dan menjaga dan melindungi Data Peribadi anda mengikut undang-undang. Data Peribadi anda dilindungi dalam talian dan di luar talian.
Apabila anda memasukkan Data Peribadi anda dalam Laman Web Kami, maklumat tersebut adalah disulitkan dan dilindungi dengan perisian penyulitan SSL (Secure Sockets Layer). Apabila berada di halaman selamat dalam Laman Web Kami, seperti borang pendaftaran kami, ikon kunci di bawah pelayar-pelayar Web seperti Microsoft Internet Explorer menjadi terkunci, berbanding dengan yang tidak berkunci, atau terbuka, apabila pengguna-pengguna hanya ‘melayari'.
-
Anda berhak:
-
untuk meminta akses kepada dan untuk meminta membetulkan Data Peribadi anda jika Data Peribadi anda tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini,
-
untuk menarikbalik persetujuan anda kepada pemprosesan (seperti yang ditakrifkan oleh PDPA) Data Peribadi anda samada untuk tujuan am atau khusus,
-
untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda (termasuk data peribadi yang berkaitan dengan orang-orang lain yang boleh dikenal pasti dari Data Peribadi tersebut), dan/atau
-
untuk memilih supaya tidak dimaklumkan mengenai Kemaskini-kemaskini.
Untuk mana-mana yang tersebut di atas, atau jika anda mempunyai soalan, kebimbangan, pertanyaan, aduan atau jika anda mengkehendaki sebarang penjelasan mengenai Dasar Privasi ini dan/atau Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan:
(a)memanggil nombor telefon kami: (603) 7884 9999, atau
(b)menghantar emel kepada: atyourside@brother.com.my, atau
(c)menulis kepada:
Penolong Pengurus Besar,
Brother International (Malaysia) Sdn Bhd (529739-H)
02-09, 9th Floor, Menara Symphony No, 5, Jalan Professor Khoo Kay Kim,
Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
-
Apabila anda memberikan atau membekalkan Data Peribadi anda kepada kami anda dianggap telah memahami, bersetuju dan membenarkan pengumpulan, pegangan, pendapatan, penerimaan, penyimpanan, pemprosesan dan/atau penggunaan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, dan di mana anda memberikan atau membekalkan Data Peribadi berkenaan dengan individu lain, kami menganggap bahawa anda telah mendapatkan persetujuan individu tersebut untuk pengumpulan, pegangan, pendapatan, penerimaan, penyimpanan, pemprosesan dan/atau penggunaan Data Peribadi individu tersebut seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
-
Kami berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk meminda Dasar Privasi ini. Kami akan poskan Dasar Privasi terkini kami (seperti dipinda) di Laman Web Kami. Sila lihat Dasar Privasi kami di Laman Web Kami dari masa ke semasa untuk Dasar Privasi semasa/terkini kami.